Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday 8 April 2014

Sepatah Dua Kata

Asalamualaikum W.B.T kepada semua…semoga di lindungi bawah lembayung keredhaannya. Hampir setengah tahun saya telah menyertai perniagaan shaklee ini dan saya dapat rasakan macam saya telah berkecimpung lebih 10 tahun kerana pengalaman yang telah saya kecapi selama ini walaupun orang kata “baru setahun jagung” telah mengajar saya erti perniagaan yang sebenar berasaskan Perniagaan Online ini.

Untuk bermula memang payah… saya selalu terduduk dan rasa menyerah kalah itu memang biasa terutama bila tidak ada sales, tapi bila saya ketepikan itu semua saya mampu bangkit semula dan terus berusaha memajukan kerjaya saya.Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana saya mendapat restu dari suami tercinta.Beliau banyak membantu saya dari segala segi.Kami banyak mengorbankan masa senang kami bersama untuk memajukan diri tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa pada anak putera kami.sbb kami tahu setiap apa yang akan dilakukan perlukan pengorbanan tapi untuk anak kami, masa bersama akan di isi sebaik mungkin.

Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan juga maha Memahami serta penyayang pada hamba2nya…jangan lupa untuk terus berdoa dan meminta keberkatan dan keredhaan darinya.saya percaya pada qada dan qadar yang ditentukan kepada saya… penah juga saya rasa macam nak berenti sahaja dalm bizz Shaklee ini…tapi setiap kali hajat nk berenti tu ada, mesti ada sales…org nk order produk shaklee…bukan sekali…tetapi dah banyak kali… atas dasar itu saya yakin bahawa allah telah membuka pintu rezeki saya dengan produk shaklee ini…Walaupun saya masih baru lagi menjadi ahli keluarga Shaklee tapi saya tetap yakin bahawa kejayaan itu pasti akan berhasil apabila kita berusaha bersungguh sungguh. 

Didalam perniagaan, strategi perniagaan itu kena ada. saya selalu mensasarkan matlamat saya hendak ada sebuah empayar perniagaan yang besar… bagi saya untuk berjaya perlu ada sebuah empayar yang besar dan kukuh. dengan itu matlamat hendak berjaya akan boleh di capai dengan cepat dan berkesan. bukan saya seorang sahaja yang berjaya, anak2 bawah saya juga akan turut sama berjaya. itu yang saya impikan sejak saya berkecimpung dalam perniagaan shaklee ini…

Produk shaklee memang agak baru dengan masyarakat kita. walaupun baru tetapi perkembangannya begitu cepat sehinggakan masyarakat di luar bandar pun telah mengetahui kewujudan Shaklee ini di malaysia. Ini kerana Shaklee menjalankan Operasi Bizz Melalui Online. Ini satu strategi yang baik. Produk Shaklee juga amat berkesan sekali.sudah terbukti dengan testimoni yang telah saya jalankan pada kenalan2 saya berkenaan keberkesanan produk ini… mereka memberi respon yang bagus dan kerap Repeat Order…alhamdulillah…

Produk 2 seperti Alfalfa,leicitin,ostometrix,JHT,ESP mampu bersaing dengan produk 2 Supplemen yg ada di pasaran skrg ini.Produk Shaklee menjamin keberkesanan,sihat dan semulajadi menjadi tarikan masyarakat kita mencuba dan seterusnya menjadikan rutin harian… harga yang ditawarkan pun tidak la mahal sangat. saya tidak mahu bandingkan harga di pasaran berbanding syarikat yang lain… bagi saya apa yang lebih penting ialah kualiti sesuatu produk…bukannya harganya…kalau bagus baper mahal pun org tetap akan membelinya…

Akhir kata dari saya ialah percayalah pada diri sendiri,yakinlah tentang diri kita…jika itu yg telah ditetapkan rezeki kita, kita teruskan dgn bersungguh sungguh…in shaa allah, allah SWT memudahkan perjalanan bizz kita itu…saya selalu berpesan pada diri saya tidak ada sesuatu kejayaan itu datang “bergolek” melainkan kitalah yang “menarik" kejayaan itu.Bukannya org lain.Terima kasih meluangkan masa berkualiti anda semua untuk catitan ini…sehingga bertemu lagi ya…!  
TERIMA KASIH

Noraziah Ibrahim

SID 1066417

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes