Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday 15 October 2014

Sihat Dengan Shaklee



Apa itu gout ?
Penyakit radang sendi akut .Kebiasaannya melibatkan satu sendi sahaja terutamanya sendi ibu jari kaki.Terjadi akibat dari kadar uric acid yg tinggi didalam darah hyperuricaemia.

Terbahagi kepada 2 kumpulan
Gout Prima: Sejenis penyakit keturunan yang terjadi akibat dari gangguan proses metabolisma lantas menyebabkan hyperuricaemia.
Gout sekunder: Terjadi pada semua peringkat umur dan terjadi akibat dari penyakit kegagalan ginjal kronik, kanser seperti Leukimia dan Lymphoma.

Siapa yang berisiko ?Lelaki
Wanita menopos
Obes / berat badan berlebihan
Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati,limpa dsd.

Bagaimana mengelakkan dari terjadi?Hindarkan perkara perkara yang meningkatkan risiko seperti yang tersenarai di atas. 
(info:anakku.wiraku.blogspot.com)



Antara supplemen yang dapat membantu mengurangkan kadar urik asid di dalam badan mereka:

1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


Pemakanan supplement dari Shaklee tidak akan menjejaskan kesihatan seseorang itu, ini kerana ia diperbuat  dari bahan bahan sumber  organik. berbeza apabila kita mengambil ubat hospital dalam kuantiti yang banyak. buah pinggang akan menjadi lemah dan seteruskan boleh mengakibatkan ianya rosak.

Jadi sayangilah diri kita seadanya...jagalah kesihatan, jagalah pemakanan. Supplement juga boleh dijadikan sebagai makanan seharian kita. Ubah gaya hidup kita kepada gaya hidup yang sihat.


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Mengapa perlu Supplement


Dimasa kini semakin ramai masyarakat di kalangan muda telah menghidap penyakit yang kronik.

Mengapa ini boleh berlaku?
Kebanyakan kita mengamalkan hidup yang kurang sihat.

* Tidak Melakukan aktiviti senaman
* Suka Makan makanan ringan
* Makanan tidak mengikut masa (Tgh Malam pun Cari kedai nasi lemak kukus)
* Pengambilan makanan yang tidak seimbang
dan lain lain lagi...

Sebab itu lah Malaysia disenaraikan sebuah negara yang populariti masyarakat mengalami masalah obesiti.

Manakan boleh tahan kalau dari jauh kita dah nampak huruf M besar terpampang seakan akan memanggil untuk singgah makan di situ. disebabkan itulah kita disarankan oleh pengamal perubatan supaya menjaga pemakanan kita, melakukan aktiviti yang sihat serta mengamalkan pemakanan tambahan (Supplement).

Sudah semakin ramai golongan golongan muda sekarang sedar akan hakikat ini. disebabkan itulah pemakanan tambahan ini begitu sinonim dengan golongan ini. Dimalaysia, banyak syarikat yang mengusahakan produk supplement ini. Banyak jenama yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian kita.

Golongan Muda masa kini sedar akan pentingnya kesihatan pada mereka.  Perjalanan hidup masih jauh lagi. tambahan pula bahan bahan makanan sekarang ini mengandungi perisa-perisa yang mengakibatkan kesihatan kita terjejas.

Oleh itu sebagai langkah awal,  pengambilan pemakanan tambahan itu boleh mengelakkan kita daripada  mendapat simpton penyakit penyakit yang kronik.

Jadi, Jagalah kesihatan, Jaga makanan, Jangan makan sehingga larut malam, Pengambilan supplement perlu pada masa sekarang ini untuk kebaikan bersama.


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Apa itu Penyakit SLE




Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Terdapat beberapa jenis lupus:


  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggildrug-induced lupus. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
Siapakah Yang Mendapat SLE?
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat seorang dalam 2,000 mengidap SLE. Di Jamaica pula di anggarkan seorang dalam 250 orang mengidap SLE. Setakat ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.
Statistik di Amerika Syarikat pula menunjukkan wanita Amerika berkulit hitam berisiko lebih tiga kali ganda untuk mendapat SLE berbanding wanita Amerika berkulit putih. Ia juga dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berketurunan Hispanik (Latin Amerika), Asia, dan penduduk asli Amerika. Walaupun SLE boleh melibatkan beberapa orang dalam sebuah keluarga, risiko ahli-ahli keluarga, seperti anak dan adik beradik lelaki atau perempuan, untuk mengidap SLE adalah sangat rendah.
Apakah Yang Menyebabkan SLE?
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.
Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit SLE ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Bagaimanakah SLE boleh dirawat?
Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

Pesakit-pesakit SLE masih boleh mengekalkan kualiti hidup yang baik, walaupun mereka mempunyai gejala-gejala SLE dan kesan sampingan ubat-ubatan. Satu cara penting untuk menangani SLE ialah dengan memahami impak dari gangguan fizikal dan emosi. Mempelajari mengenal tanda-tanda awal dapat membantu pesakit mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghalang atau mengurangkan intensitinya.
Mengamalkan cara hidup yang aktif boleh membantu pergerakan sendi serta boleh mengelakkan risiko sakit jantung. Walaubagaimanapun seseorang pesakit itu tidak boleh terlalu aktif. Pendekatan yang terbaik ialah dengan melakukan senaman ringan berselang seli dengan berehat dan bersantai.
Pesakit-pesakit SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultralembayung matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit. Ia juga berkemungkinan akan mencetuskan aktiviti penyakit yang lebih serius lagi. Melindungi diri dengan memakai pakaian berlengan panjang, memakai topi lebar dan payung, serta menyapu krim pelindung cahaya matahari (sun-block) semasa keluar akan dapat melindungi diri daripada komplikasi berkenaan.------------------------------------------------------


Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Sunday 28 September 2014

Kejayaan bersama di Shaklee Motivation dan Recognition Rally

Usaha bersama maka kejayaan bersama

Semalam 28 Sept 2014, Shaklee menganjurkan Shaklee Motivation and Recognition Rally di Shah Alam Convention Centre. Seronoknya bila kami dapat meraikan kejayaan bersama suami dan famili. Mulanya dapat surat tawaran dari Shaklee. 


Saya dengan pantas email ke Shaklee tanda setuju hadir. Alhamdulillah dapat pergi bersama suami, anak, adik dan anak2 buah. Anak Shaklee saya pon turut hadir untuk meraikan kejayaan bersama kami.


Iman suka sangat bila dengar kami akan naik ke pentas. Siap tanya " ummi dahnaik master ke?". Tu dia tanda dia amat yakin dengan saya. Puas gak explain kat dia. Ini menguatkan lagi untuk terua maju dan berjaya


Sempat lagi pose sebelum ke pentas


Bersalam dengan Victor Lim. Malu-malu macam pengantin pulak :)


Alhamdulillah. Satu kenangan yang indah dan menjadi penguat semangat saya dan suami. Kami sama-sama berusaha dan inilah kejayaan kami bersama

Terima kasih kepada anak-anak Shaklee yang sama-sama membantu membina Aixia Empire. Jom kita menuju puncak Master Coordinator

Insyaallah







Thursday 25 September 2014

Penggemar sambal yang tegar

Assalamualaikum wbth

Saya sememangnya penggemar sambal yang tegar

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya sangat menyukai sambal  nasi lemak buatan sendiri. Hehehe. Sendiri masak sendiri pujikan. Sape lagi nak puji diri sendiri.

Walaupun saya bukan pemasak yang rajin, tetapi jika saya memasak suami dan anak pasti teruja. Mungkin jarang merasa jadi bila dapat sesekali pasti sangat mengujakan. Tu dia punya melambung puji diri sendiri. Hehehe

Hari ni jiwa bergelora bila sahabat fb saya menguploadkan gambar sambal  kegemaran saya iaitu sambal kering. Sangat lazat dimakan bersama nasi panas. Saya tak pernah masak jadi saya sangat teruja nak mencuba memasak. Nampak tak semangat saya ini? Meh saya belanja gambar dulu ye



Bahan2:

Bawang putih
Bawang merah kecil
Bawang besar
Cili kisar
Sedikit belacan
Ikan bilis
Garam
Gula
Asam jawa
Minyak secukupnya
Kentang jika suka
Kacang tanah jika suka

Cara memasak sama seperti membuat sambal ikan bilis biasa tetapi yang ini lebih garing. Sedap bangat makan bersama nasi, bubur, roti atau ratah begitu sahaja

Ok resepi dah ada. Jom try masak

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Thursday 11 September 2014

Testimoni daripada pengguna Shaklee

Testimoni daripada pengguna Shaklee

Testimoni datang lagi...kali ini dari ahli keluarga shaklee sendiri.Pemakanan supplement yang konsisten akan menghasilkan result yang baik. Apa yang sahabat kita ambil ini adalah untuk merawat dan melembutkan kulit terutama di bahagian muka. Alhamdulillah beliau berjaya. Jika inginkan kulit yang seperti ini hubungilah 0102202578.. coaching akan diberikan oleh SID yang terlatih. Gunakan tanpa was was... yang penting ia selamat,berkesan dan semulajadi.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Pentingnya Kesihatan pada masa kini


Pentingnya kesihatan Pada masa Kini

Sekiranya anda seorang yang sihat, tiada penyakit kronik tetapi mempunyai simptom simptom seperti:

Sakit Kepala, Kebas, lenguh, sakit dada, bahu lenguh, masalah imbangan, jantung berdebar, Cepat penat, Lesu, Cepat marah, mengantuk dan letih, selalu tiada mood, telinga berdesing, tidak boleh duduk di tempat keramaian seperti pasar malam, Pertunjukan Konsert, tempat bising dan sebagainya.

Maka anda mempunyai simptom jelas berkaitan masalah peredaran darah tidak lancar disebabkan penyempitan salur darah, kepekatan darah dan masalah angin.Ramai yang menganggap dirinya sihat kerana setiap 3 atau 6 bulan akan membuat pemeriksaan kesihatan dan doktor sahkan tahap kesihatan yang baik dan ramaijuga yang sihat akan tetapi ramai juga yang mengalamai masalah kesihatan yang kronikseperti Strok (Angin Ahmar), Lemah Jantung, Panic Attact (Anxiety Disoder) serta pedih ulu Hati.

Tidak hairan lah ramai yang mempunyai bacaan kolesterol yang normal tetapi kena serangan jantung, ramai juga yang tiada penyakit kencing manis dan masalah Darah Tinggi terkena juga serangan jantung...?

jadi kesihatan itu perlu diutamakan di dalam kehidupan kita. masyarakat sekarang semakin menunjukkan kesedaran bahawa pentingnya kesihatan itu di dalam diri mereka. sebagai contoh,  masyarakat kita terutamanya para remaja dan juga belia telah mengamalkan pemakanan makanan tambahan ataupun supplement. mereka sedar bahawa dengan supplement inilah mereka dapat kekal bertenaga dan sihat.

supplement ini juga di gemari oleh atlet2 sukan. dengan adanya pelbagai supplement di pasaran, mereka boleh memilih apakah yang sesuai untuk diri mereka. perlu di ingatkan, jangan kita tersalah beli  supplement yang palsu ataupun yang tiada pengesahan daripada kementerian kesihatan malaysia (KKM). belilah yang tulen, supaya ia terjamin berkesan dan selamat digunakan.

okay lah sampai disini sahaja bual bicara kita pada kali ini semoga anda kekal cergas dan sihat. makan supplement dan belilah yang Original !!.






------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Tuesday 9 September 2014

Tips.. Bahaya Dehidrasi

Bahaya Dehidrasi kepada tubuh manusia

Sedarkah kita bahawa air yang mencukupi adalah sangat penting untuk tubuh badan seseorang manusia itu? Jika kita kekurangan air, Kita akan mengalami dehidrasi.Dengan kesibukan seharian kadang kala kita terlupa hendak meminum air secukupnya, terutamanya air kosong. tahukah anda,air sangat penting untuk organ organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan sebagainya? jadi, Ada beberapa info yang boleh dijadikan panduan untuk kita mengukur adakah kita kekurangan air di dalam badan.

Salah satu cara ialah melihat warna air kencing. Jika air kencing berwarna putih jernih, ini bererti badan seseorang itu di tahap yang cemerlang, namun jika keadaan air kencing berwarna kekuningan (pekat) dan keruh, itu menandakan anda masih tidak cukup air dalam badan.

Satu cara lagi untuk mengukur sama ada anda mengambil air kosong yang mencukupi adalah dengan melihat tabiat membuang air besar. Jika anda mengalami sembelit,itu juga menandakan badan anda tidak cukup air.

 Ketahui salah satu rahsia mengukur tahap air di dalam badan. cubitlah kulit anda. Seandainya ia mengendur dan lambat untuk kembali pada keadaan asalnya, ia menunjukkan anda kekurangan air.

Ukurlah tahap anda bagi menentukan yang badan sentiasa dalam keadaan yang sihat.

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Strok Haba Mengancam Nyawa


Strok haba Mengancam Nyawa

Strok haba atau Heat Stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa akibat kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation) 

tanda tanda Seseorang yang mengalami Strok Haba ini akan mengalami :-

* Sakit Kepala Berdenyut
* Mual
* Denyutan Nadi Pantas
* Kurang atau sedikit berpeluh dalm cuaca panas
* Otot lemah
* Muntah
* Kulit Kering dan kemerahan
* Sawan
* Pitam

Jika anda mengalamai tanda tanda seperti ini segera lah ke klinik atau hospital berdekatan dengan segera.


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Supplement untuk kekal cergas

Pilih Supplement Untuk kekal cergas

Supplement bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi untuk kelihatan kekal cergas dan fokus terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan.tidak dinafikan juga kebanyakan masyarakat di negara kita tidak mengamalkan pengambilan supplement tetapi mereka tetap sihat. namun masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita tidak memandang serius akan kecergasan ini. Jika kita tidak cergas, adakah kita masih mampu untuk kelihatan lebih bertenaga dan bersemangat? kesihatan luaran dan dalaman adalah kunci seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Supplement ia suatu pemakanan tambahan untuk menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Semakin seseorang itu berumur, semakin berkuranglah metabolisma ataupun daya upaya kita untuk melakukan sesuatu perkara lebih lebih lagi senaman. makanan tambahan inilah yang akan memberi segala nurtisi suaya seseorang itu boleh melakukan pergerakan dengan baik.

Salah satu cara untuk kelihatan cergas ialah dengan mengamalkan senaman. Dengan pengambilan Supplement ia akan lebih berkesan. Buatlah pilihan yang bijak memilih sesuatu produk di pasaran.

Pemakanan juga memainkan peranan yang penting. Elakkan makanan ringan atau Junk Food, Pilihlah makanan yang seimbang supaya badan kita akan menerima semua nutrisi yang mencukupi untuk tubuh badan.

Pengambilan supplement ini perlulah di ambil secara konsisten dan berterusan. Untuk menampakkan hasil yang memuaskan. Berkorban sedikit wang untuk diri kita tidak salah. malah ia berbaloi baloi untuk jangka masa yang panjang.

Jadi... Sayangilah badan kita untuk kelihatan cergas. Pilihlah supplement yang betul supaya kita tidak tersilap untuk memilih mana yang bagus untuk diri kita.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Saturday 16 August 2014

Lelaki lebih Mudah Berhenti Merokok



Lelaki Lebih Mudah Berhenti Merokok

Kajian menunjukkan remaja lelaki yang baru mula merokok mudah untuk berhenti berbanding remaja perempuan. Sepanjang lima tahun kajian, 40 peratus remaja telah berhenti merokok di mana 80 peratus terdiri daripada lelaki.

Antara faktor yang mengurangkan kemungkinan remaja berhenti merokok termasuklah tekanan keluarga, masalah berat badan, penggunaan dadah dan keinginan yang tinggi untuk merokok.






Add caption



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Friday 15 August 2014

Meal Shakes Shaklee

Meal shakes Shaklee

Meal Shakes memberikan tenaga dan dapat membantu menguatkan sistem imun kanak kanak sekaligus melindungi mereka daripada jangkitan penyakit. Mereka yang demam akan lebih cepat sembuh daripada biasa.

Ia mengandungi Vitamin A,C,E Zink dan selenium, Meal Shakes juga sesuai untuk mereka yang ingin tampil awet muda.Ia membekalkan vitamin B Compleks, Zat Besi dan Kuprum untuk membentuk sel darah yang sihat sekaligus mencegah kulit kusam.

Selain itu, ia kaya dengan protein yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku dan rambut serta tisu tubuh. Keistimewaan Meal Shakes juga boleh dimanfaatkan oleh ibu ibu yang hamil dan menyusukan anak dalam membantu penghasilan susu badan yang berkhasiat.

Kepada yang ingin mencubanya boleh menghubungi kami. Penghantaran boleh di lakukan di seluruh Malaysia. Cubalah, Ada pasti akan mendapat keistimewaannya.




------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Penyakit Orang bandar

Demam Denggi

Penyakit orang bandar

Bukan tidak ada kes Denggi dicatatkan di kampung tetapi ia cukup ketara di bandar.itulah hakikatnya. bukan menidakkan orang yang tinggal di bandar, kerana yang menjadi masalah ialah sikap dan mentaliti yang ditunjukkan.

Sekitar 65-70 peratus kes dicatatkan di selangor terutamanya di Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang Jaya, Damansara dan Gombak.

Di selangor, Hot Spot ialah di kawasan seksyen 7 Shah Alam antara tempat yang di kenalpasti. Sekiranya kes di selangor boleh di kawal maka kes denggi akan di kawal. Maka kes denggi akan terkawal kerana berdasarkan nisbah, 6-7 daripada 10 kes dicatatkan berlaku di selangor.

Istilah Hot Spot merujuk kepada satu kawasan di mana wabak denggi berterusan lebih 30 hari yang mana sepatutnya dua minggu sudah tiada kes lagi. antara ciri-ciri Hot Spot ialah kebersihan persekitaran kurang diberi keutamaan, ramai warga asing di kawasan tersebut dan kebanyakannya membabitkan pangsapuri.

Itu cerita di luar rumah. Faktor yang terdapat di dalam rumah juga penting untuk di ambilkira. menajadi tanggungjawab kita 100 peratus untuk memastikan kebersihan pada tahap yang maksimum. antara Hot Spot ialah didalam kolah air, bekas pasu bunga hidup dan pam tandas yang rosak yang dibuka penutupnya. inilah tempat yang perlu di berikan perhatian.

Salam

Kay-roll



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

PHYTOCOL-ST

Phytocol -ST Untuk kaki Makan.

Siapa yang sanggup makan 200 batang lobak, 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari untuk mengawal kolesterol dalam badan?

Shaklee telah memperkenalkan satu produk baru yang diberi nama PHYTOCOL-ST yang boleh mengatasi masalah kolesterol ini. Bagi yang suka makan atau "Kaki Makan" inilah jalan penyelesaiannya. Dengan hanya mengambil dua tablet phytocol dan di ambil dua kali sehari mampu memberikan anda jumlah fitosterol yang dicadangkan.

Supplement PHYTOCOL-ST ini merupakan rumusan mantap beberapa jenis fitosterol di mana fungsi utamanya adalah untuk mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Fitosterol adalah sebagai sterol, dan sterol tumbuhan wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran,legume dan lemak sayur.

Pengguna juga tidak perlu risau  dengan keselamatan produk ini kerana ia telah melalui lebih 80 kajian klinikal dan penerbitan saintifik telah dilakukan melaporkan tentang keberkesanan produk ini.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Tuesday 12 August 2014

Apakah impian saya?

Apakah impian saya? 

Impian saya adalah untuk merealisasikan impian anak saya. Muhammad Nur Iman Danial nama diberi. seorang anak yang soleh, anak yang baik, dan suka bergurau dengan kami selaku ayah dan umi nya.

Impian beliau ialah :

1. Pergi dan balik sekolah kena hantar dan jemput.

2. Masa makan tengah hari perlu ada bersama beliau,

3. Waktu petang pula beriadah bersama sama

4. Dan waktu malam perlu ada bersama beliau mengulangkaji   pelajaran, hantar ke kelas mengaji dan hantar ke kelas Kumon.

maknanya kalau sehari ada 24jam, masa bersama Iman perlu ada lebih kurang 12jam. Iman danial ialah anak tunggal. jadi senang citer dier memang manja dengan saya. tapi tak bermakna pula manja tak kena tegur kan...Tegas di dalam lembut saya terapkan di dalam kehidupan beliau. itulah anak saya.


Jadi... apa pula Impian Anda?

Walau apapun impian kita jika tidak di selarikan dengan kesungguhan dan jiwa yang kental untuk berjaya pun rasa rasanya tidak berjaya juga. Tepuk dada tanya selera.

1. Fokus kan matlamat anda,
2. Sasaran kena tepat
3. Amalan kerohanian sebanyak mungkin
4. Berdoalah

Selamat menuju Puncak!

Salam

Kay-roll


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

seronoknya tengok kawan2 yang dah pencen awal

seronoknya tengok kawan2 yang dah pencen awal ini. macam2 boleh dilakukan tanpa memikirkan kekusutan pagi2 di pejabat, pagi2 lagi dah jadi macam alonso, jadi macam valentino rossi...lepas tu nak mengadap kerja kerja yang tak abis2. hmmm.... Apa rahsia nak jadi macam mereka?

rahsianya ialah...bisnes...tak boleh kerja makan gaji...
kesungguhan , target , dan sasaran yang tepat...

jadi, untuk berjaya pencen awal haruslah menepati syarat2 yang tetapkan oleh anda sendiri kerana bisnes ini adalah bisnes anda...jadi anda lah yang harus menetapkan piawaiannya...

saya dah tetapkan...anda? bila lagi??

salam sayang

Kay-roll

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Ketuk-ketuk Aidifitri iReach 2014

Seronok sangat sebab dapat join Ketuk-ketuk Aidilfitri iReach Family di Grand Blue Wave Shah Alam pada 10 Ogos 2014


Kami daftar dulu sebelum masuk ke dewan. Doorgift memang marvellous.
Beg laptop, herbalax dan lecithin


Kami tiba agak lewat kerana faktor jalan dan cuaca. Kami sampai kira2 pukul 4. Banyak acara kami terlepas. Bila masuk ke dewan, Master Zainul sedang berucap
Nampak tak anak2 berlari tanpa rasa bersalah? Ini lah unik nya family kami. Kami bole bawak suami isteri dan anak2 ketika kelas atau majlis anjuran Shaklee atau upline kami. So tiada istilah keluarga di abaikan ketika berbisnes. Keluarga lah  tonggak kejayaan kita

Kecewa gak lambat sampai sebab terlepas pelbagai acara. Jeles sungguh bila geng SMT Ummi CT Rozita dan kak Royanti dapat hadiah Collagen Powder. Tapi rezeki tu ditangan Allah. Hanya menjawab soalan yang mudah, saya pon dapat hadiah yang sama. Seronok nya!!
Mahal ok Collagen Powdee Shaklee RM298 sekotak. Terbaik la neni Lyna dan Atuk Zainul

Selesai makan dan acara, sesi bergambar pun bermula. Macam biasa mesti tak lepaskan peluang bergambar dengan Master Lyna Noh
 Dan semestinya bergambar dengan family SMT


Dan akhir sekali acara bergambar beramai ramai. 


Alhamdulillah. Selain dapat hadiah dan doorgift gempak, ikatan ukhuwwah kami kian erat. Berbaloi perjalanan jauh kami
Jasin-seremban-shah alam-seremban.

Semoga iReach Family kian cemerlang hingga ke puncak kejayaan

Insyaallah

Orang Buat Bisnes Kita pon nak berbisnes

Orang Buat Bisnes, kita pon nak berbisnes.. Tapi usaha tak setara dengan impian?

Panas telinga kan!

Orang lain berjaya tetapi kenapa kita kurang berjaya?
Persoalan yang selalu timbul jika kita gagal di dalam bisnes yang diceburi. Tetapi pernahkah kita terpikir bahawa bisnes memerlukan Masyarakat Sekeliling?

Lebih lebih lagi jika anda memilih untuk buat bisnes Multi Level Marketing (MLM). Ia memerlukan kepakaran bertutur dan juga rakan kenalan yang ramai untuk memperkenalkan diri anda terlebih dahulu. Selepas ramai yang dah kenal dan meminati perwatakan , Personaliti dan  keterampilan anda, barulah anda menjual produk apa yang anda ingin jualkan.

Setuju dengan kenyataan ini? okay... kita bersambung lagi yer....

Salam sayang

Kay-roll

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Lepak santai di Coffee & Dream Uptown Avenue, Seremban 2


Malam ni kami dating berdua Coffee & Dreams di Uptown Avenue, Seremban 2.

 Mencari idea untuk berblog katanya


Restoran ni santai dan cozy

Memang best lepak kat sini

Hidangan kami malam ini

Hot Mint Chocolate


Iced Chocolate


Tuna Sandwich


Pendapat saya:

Presentation sesedap rasanya
Harga boleh tahan e.g iced choc RM10.90
Ambience memang cozy

We love it..

Monday 11 August 2014

Musim Perayaan

Musim Perayaan ini ramai yang membuat rumah terbuka. pelbagai hidangan yang disediakan. Yang nyatanya kebanyakan makanan yang berlemak. Dengan ada Lemangnya, ketupat, Rendang,Kuah kacang, Kuah Lodeh...Serba serbi cukup berlemak...

Mula lah kita cuba kawal pemakanan kita. Niat nak makan sedikit ajer... tapi kalau dah sedap, dah tak reti amik pakai sudu dah, terus amik pakai senduk ajer...hehe.

Kalau begini keadaannya, Shaklee ada satu
supplement yang boleh kawal kadar kelosterol disebabkan pemakanan kita tadi secara semulajadi.

Phytocol-ST satunya supplement yang boleh menghalang lemak tersebut dari melekat di dalam tubuh kita. Sebelum kita hendak ke rumah terbuka, ambil dulu 2 biji Phytocol-ST. bertujuan menjadi perisai daripada kolesterol yang banyak itu melekat di dalam badan kita.

Jadi boleh lah berhari raya kan...




------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noraziah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Melaka / Seremban / K.Lumpur / Cyberjaya / Putrajaya & Penghantaran Seluruh Malaysia
Shaklee ID [ No : 1066417 ]
Contact No : 010-2202578
Email : Aixiashoppe@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/aixiashoppe

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1066417 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes